Sunday, July 7, 2024

شرح فتح القريب

 بسم الله الرحمن الرحيم
نحمده ونصلي على رسوله الكريم، أما بعد

فصل في الإستنجاء وآداب قاضي الحاجة

Fasal tentang Istinja dan adab-adab seorang yang hendak qadha hajat

والإستنجاء وهو من : نجوت الشيء، أي : قطعته، فكأن المستنجي يقطع به الأذى عن نفسه

Dan bermula istinja itu dan adalah dia daripada kata "telah lepas oleh aku akan suatu", iaitu : telah memutuskan oleh aku akan dia, maka seolah-olah seorang yang beristinja itu memutuskan oleh dia dengannya (istinja) akan penyakit daripada dirinya sendiri.

واجب من خروج البول والغائط بالماء أو الحجر وما في معناه من كل جامد طاهر قالع غير محترم، ولكن الأفضل أن يستنجي أولا بالأحجار ثم يتبعها ثانيا بالماء

Bermula Istinja itu ialah wajib disebabkan keluar air kencing dan tahi (berak). Istinja itu dengan menggunakan air atau batu dan barang yang pada maknanya (batu) daripada setiap yang keras yang suci yang boleh menanggalkan yang bukan benda dimuliakan. Dan tetapi yang lebih utama bahawa dia beristinja pada awalnya dengan menggunakan batu-batu kecil kemudian dia mengiringkannya pada kali kedua dengan menggunakan air.

والواجب ثلاث مسحات، ولو بثلاثة أطراف حجر واحد، ويجوز أن يقتصر المستنجي على الماء أو على ثلاثة أحجار ينقي بهن المحل إن حصل الإنقاء بها، وإلا زاد عليها حتى ينقى، ويسن بعد ذلك التثليث

Dan bermula wajib ialah tiga sapuan, walaupun dengan tiga sisi daripada batu yang satu. Dan harus (boleh) bahawa mengehadkan oleh seorang yang hendak beristinja atas air saja atau atas tiga batu saja yang dapat mensucikan dengan sebab mereka ( tiga biji batu) itu akan tempat, itu pun jika terhasil kesucian dengan perantaraannya (tiga biji batu). Dan jika tidak (tidak terhasil kesucian) hendaklah dia menambah ke atasnya (tiga biji batu) sehingga suci. Dan disunatkan setelah sedemikian (terhasil kesucian) mentiga-tigakan.

فإن أراد الإقتصار على أحدهما فالماء أفضل، لأنه يزيل عين النجاسة وأثرها

Maka jika hendak oleh dia akan membataskan atas satu daripada keduanya (salah satu), maka bermula air ialah yang lebih utama, kerana bahawasanya air dapat menghilangkan 'ain (zat diri) najis dan kesannya.

وشرط إجزاء الإستنجاء بالحجر أن لا يجف الخارج النجس ولا ينتقل عن محل خروجه، ولا يطرأ عليه نجس آخر أجنبي عنه، فإن انتفى شرط من ذلك تعين الماء

Dan bermula syarat keharusan beristinja dengan menggunakan batu adalah bahawa belum kering oleh yang keluar iaitu najis dan tidak berpindah najis itu daripada tempat keluarnya, dan tidak muncul keatasnya (mahal tempat keluar najis) oleh najis yang lain yang asing daripadanya, maka jika ternafi oleh syarat daripada demikin, maka tertentu (wajib ain) menggunakan air.

ويجتنب وجوبا قاضي الحاجة استقبال القبلة الآن، وهي الكعبة

Dan menjauhi hal keadaan wajib oleh seorang yang qadha hajat akan perbuatan menghadap kiblat yang sekarang, dan bermula dia (kiblat yang sekarang) ialah Kaabah.

واستدبارها في الصحراء إن لم يكن بينه وبين القبلة ساتر، أو كان ولم يبلغ ثلثي ذراع أو بلغهما وبعد عنه أكثر من ثلاثة أذرع بذراع الآدمي كما قاله بعضهم، والبنيان في هذا كالصحراء بالشرط المذكور، إلا البناء المعد لقضاء الحاجة، فلا حرمة فيه مطلقا

Dan (hendaklah) menjauhi membelakangi kiblat (hal keadaan wujub) di padang (tempat yang luas) jika tiada diantaranya dan diantara kiblat itu dinding, atau ada dinding tapi tidak sampai dua pertiga hasta atau sampai keduanya (dua pertiga) tapi jauh daripadanya lebih daripada tiga hasta dengan kiraan hasta anak adam sepertimana yang telah berkata (berpendapat) oleh sebahagian mereka (ulama). Dan binaan pada ini (perbicaraan hukum binaan, hukumnya) seperti di padang luas dengan syarat yang telah disebutkan, binaan yang dianggap (memang) untuk qadha hajat, maka tiada keharaman padanya (membelakangi kiblat) secara mutlak.

وخرج بقولنا : الآن، ما كان قبلة أولا، كبيت المقدس، فاستقباله واستدباره مكروه

Dan keluar dengan kata kami "sekarang" (Kiblat yang sekarang), oleh barang yang adalah kiblat pada kali pertama, seperti Baitil Maqdis, maka menghadapnya dan membelakanginya ialah makruh.

ويجتنب أدبا قاضي الحاجة البول والغائط في الماء الراكد، أما الجاري فيكره في القليل منه دون الكثير، لكن الاولى اجتنابه، وبحث النووي تحريمه في القليل جاريا أو راكدا

Dan menjauhi nisbah adab oleh seorang yang qadha hajat akan kencing dan berak pada air yang bertakung, ada pun air yang mengalir maka dimakruhkan pada air yang sedikit daripadanya (najis), tidak (tidak makruh) air yang banyak. Tetapi yang lebih aula ialah menghindarinya. Telah membahaskan oleh Imam An Nawawi akan keharamannya (qadha hajat) pada air yang sedikit hal keadaan mengalir atau bertakung.

ويجتنب أيضا البول والغائط تحت الشجرة المثمرة وقت الثمر وغيره

Dan menjauhi juga akan kencing dan berak di bawah pokok yang berbuah pada musim buah-buahan dan selainnya (selain musim buah-buahan).

ويجتنب ما ذكر في الطريق المسلوك للناس، وفي موضع الظل صيفا وفي موضع الشمس شتاء، وفي الثقب في الأرض، وهو النازل المستدير، ولفظ الثقب ساقط في بعض نسخ المتن

Dan menjauhi barang yang telah disebutkan (kencing dan berak) pada jalan yang tempat dilalui (biasa dilalui) bagi manusia (orang), dan pada tempat teduhan pada musim panas, dan pada tempat berjemur pada musim sejuk, dan pada lubang di tanah, dan bermula dia (lubang) itu ialah yang turun yang bulat, dan lafaz الثقب gugur pada sebahagian naskhah matan.

ولا يتكلم أدبا لغير ضرورة قاضي الحاجة على البول والغائط، فإن دعت ضرورة إلى الكلام، كمن رأى حية تقصد إنسانا لم يكره الكلام حينئذ

Dan tidak berbicara oleh dia sebagai (nisbah) adab bagi tanpa darurat oleh seorang yang qadha hajat pada ketika kencing dan berak. Maka jika menyeru oleh darurat kepada (untuk) berbicara, seperti orang yang melihat seekor ular sedang menuju akan manusia maka tidak dimakruhkan berbicara pada ketika itu.

ولا يستقبل الشمس والقمر ولا يستدبرهما، أي : يكره له ذلك حال قضاء حاجته، لكن النووي في الروضة وشرح المهذب قال إن استدبارهما ليس بمكروه، وقال في شرح الوسيط إن ترك استقبالهما واستدبارهما سواء، أي فيكون مباحا، وقال في التحقيق إن كراهة استقبالهما لا اصل لها، وقوله ولا يستقبل إلخ، ساقط في بعض نسخ المتن

Dan tidak (jangan) menghadap oleh dia akan matahari dan bulan dan jangan membelakangi oleh dia akan keduanya, iaitu dimakruhkan untuknya perbuatan sedemikian pada ketika qadha hajatnya, tetapi Imam Nawawi dalam kitab Raudhah dan Syarah Muhazzab telah berkata sesungguhnya membelakangi akan keduanya (matahari dan bulan) tidaklah makruh, dan telah berkata oleh dia di dalam kitab Syarah Wasith sesungguhnya meninggalkan menghadap keduanya dan membelakangi keduanya adalah sama, iaitu maka jadilah oleh dia mubah (harus), dan berkata oleh dia dalam kitab At Tahqiq sesungguhnya kemakruhan menghadap akan keduanya (matahari dan bulan) tiada asal baginya (kemakruhan itu). Dan katanya mushonnif "dan jangan menghadap oleh dia sehingga akhir matan" ialah gugur pada sebahagian naskhah matan.

*Siap diterjemahkan pada 1 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 7 July 2024 Masihi pukul 5:55 Petang di Maahad Dakwah Wa Tarbiyah Darus Saadah, Keningau, Sabah, Malaysia.

No comments:

Post a Comment

قصص النبيين Kisah Nabi Nuh

٣- فكرة الشيطان ورأى الشيطان أن يدعو الناس إلى عبادة الأصنام فيدخلوا النار ولا يدخلوا الجنة أبدا وكان الشيطان يعرف أن الله لا يغفر الشرك ويغ...